Klik Ya..:)

Saturday, September 24, 2011

Cara Earn dan Tambah Duit Dengan Nuffnang melalui trafik!!




1) Post tentang isu-isu yang berkaitan dengan Nuffnang
    *Mendedikasikan posts Nuffnangers acara yang Nuffnang anjurkan

2)Hantar topik yang menarik
    *Bagaimana menjana pendapatan online dengan pantas

3)Post isu-isu kontroversi
    *Politik Malaysia

4)Gunakan tajuk yang mengelirukan dan unik
     *menulis tentang pengajaran anda pada blog anda yang mengelirukan

5)Menghadiri acara Nuffnang
     *bertemu Blogger Nuffnang yang lain

6)Jadi tokoh yang terkenal di dunia blogger
     *blogger yang Nuffnang yang aktif,mudah dapat trafik dari blogger lain

7)Chating kerap pada kotak Cbox atau Shoutmix
     *menghantar post blog lain

8)Penggunaan Twitter
     *postkan link post dalam ruang Twitter jika ada

9)Gunakan Facebook, Friendster atau laman-laman web rangkaian sosial lain
     *Post kan link anda ke laman sosial

10)Promosi di dalam forum
     *Siapa tahu, mungkin blogger Nuffnang lain lain menggunakan forum tersebut

11)Beritahu rakan-rakan lain blogger Nang pos anda di kotak sembang blog mereka
     *singgah blog mereka, berkata hi, meninggalkan link post

13)Post kan pada waktu blogger aktif
      *blogger aktif ialah malam hari, atau hari minggu


Thursday, September 22, 2011

Satelit Nasa Jatuh Ke Malaysia?????




Serpihan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) yang tidak lagi berfungsi diramal jatuh di luar Malaysia.

Menurut Agensi Angkasa Negara dalam satu kenyatan hari ini, satelit UARS yang dinyah aktifkan pada 2005, diramal jatuh dan memasuki atmosfera bumi Sabtu ini.
Mengikut laporan NASA, UARS akan terbakar dan pecah kepada serpihan kecil apabila memasuki atmosfera bumi dan hanya sebahagian kecil komponen satelit itu dijangka jatuh ke permukaan bumi.
Justeru, menurut NASA, risiko jatuhan serpihan kepada orang awam adalah amat kecil.

Bagaimanapun, NASA melaporkan bahawa waktu dan jejak jatuhan serpihan satelit hanya akan diketahui dengan tepat beberapa jam sebelum ia berlaku.

Namun daripada penjejakan laluan orbit satelit yang dilakukan WeatherSpace.com, laluan serpihan satelit itu dijangka jatuh di kawasan sekitar Afrika, Asia Timur dan berakhir di Lautan Pasifik, di luar Malaysia.

UARS seberat enam tan itu dilancarkan pada 1991 untuk mengukur lapisan ozon, angin serta suhu dan ia adalah satelit terbesar NASA yang dijangka jatuh selepas makmal angkasa Skylab terhempas di barat Australia pada 1979. *bahayanikenaselamatkandiri*

Wednesday, September 21, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia VS jepun


Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun.

Skuad Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan bertemu Syria pada 23 November ini.Tapi apa2 pun,pasukan Malaysia dah berjuang di bumi Jepun sebaik mungkin..mungkin rezeki je tak ada lagi..Khairul Fahmi perform malam ni..cuma kita kurang serangan je..Suruh je Safee Sali menyamar jadi Olimpik Malaysia,kompom kita menang..Apa2 pun,gua kat belakang lu bro...*tinginnakgjepun*

Tuesday, September 20, 2011

Kelayakan Olimpik 2012

Malaysia akan bertemu Jepun dan kita berharap agar pasukan Malaysia dapat menumbangkan gergasi asia itu dengan mudah.Kalau dikutkan rekod,pasukan Jepun bukannya terer sangat pun,cuma ramai je pemain diaorang yang bermain untuk kelab di luar negara.sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan mereka.Apa-apa pun,kita sebagai rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang pasukan kendalian Ong Kim Swee untuk menumbangkan pasukan Jepun,Kawan2 semua boleh saksikan esok jam 6.45 pm di Astro Arena dan juga TV2..Malaysia Boleh!!!!!*lamatakupdateblog*

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Belia 2011


15 Mei tiap tiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Belia Negara. Ini merupakan pengiktirafan kepada seluruh warga belia malaysia oleh kerajaan. Di Malaysia istilah belia ialah mereka yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Pada hari ini sambutan akan diadakan secara besar besaran dan pelbagai anugerah akan diberikan kepada persatuan belia dan individu belia yang telah mencapai kecemerlangan. Selepas itu sambutan di peringkat negeri akan menyusul dengan pelbagai program dan aktiviti.Selamat hari Belia yang rasa dia masih belia yer,pada yang rasa belum sampai umur belia atau dah terlebih belia,boleh juga buat sambutan.Ape2 pun belia pemangkin reformasi negara,tanpa belia siapalah negara.

Sunday, November 28, 2010

Rangka lelaki dipercayai Gladiator!!


Sepasukan pakar arkeologi menemui kawasan perkuburan mengandungi hampir 80 rangka lelaki dipercayai Gladiator dari empayar Rom yang disemadikan di utara England ribuan tahun lalu.

Serpihan tulang berusia 2,000 tahun itu menunjukkan lelaki tersebut dibawa dari empayar Rom untuk berlawan di utara England.


Seorang pegawai penyelidik Yayasan Arkeologi York, Kurt Hunter-Mann berkata, puluhan rangka lelaki itu mempunyai tanda-tanda luka akibat mengalami banyak kecederaan termasuk ditetak dengan kapak di kepala.

Saintis pada mulanya menyangka tanah perkuburan purba di utara England itu menempatkan mangsa pembunuhan beramai-ramai sebelum mendapati tengkorak sebahagian besar rangka berkenaan dipenggal selain mempunyai kesan gigitan harimau.

Rangka bertubuh sasa itu menyerupai gambaran pahlawan Rom seperti dilakonkan aktor terkenal Australia, Russel Crowe menerusi filem epik sejarah Gladiator.

Analisis tulang menunjukkan galdiator itu diimport oleh empayar Rom dari pelbagai tempat termasuk di Afrika dan kawasan sekitar Mediterranean..

Thursday, November 18, 2010

Harimau terbesar di dunia di jumpai di Malaysia

Laporan akhbar ni aku jumpe time search kt google dlu...terperanjat gk aku tgk de harimau sebesar ni kt malaysia..Ngeri tgk

DIPETIK DARI AKHBAR UTUSAN 27 MEI 1989 :

TUARAN, SABAH 26 MEI 1989 : Hasil penyelidikan dan kajian selama berbulan-bulan oleh sekumpulan penyelidik haiwan dari Universiti Malaya di hutan sekitar kawasan pedalaman Sabah bagi mengesan harimau misteri yang sering menggangu penduduk setempat telah berjaya menemukan spesis harimau yang terbesar dan merbahaya pernah dijumai di dunia. Haiwan itu yg berketinggian hampir 4 meter dan dikatakan lebih tinggi dan merbahaya dari harimau pra-sejarah iaitu Sabre-tooth Tiger yang sering dijumpai di sekitar kawasan sejuk seperti di kawasan utara Kanada pada zaman pra-sejarah.

Sebelum ini, sejak 5 tahun lalu terdapat banyak laporan kehilangan haiwan ternakan di kawasan perkampungan Tuaran itu yang menyebabkan pekebun dan petani di kawasan itu takut untuk keluar berkebun dan menjalani kehidupan seharian.Ketua Biro Pertanian dan Ternakan JKK Kampung Panching, Deraman Abdullah, 60, berkata, sebelum itu, seekor lembu betina menjadi mangsa harimau yang dipercayai datang dari hutan bersebelahan ladang berkenaan.

Katanya, ancaman harimau belang itu yang berlaku sejak lebih lima tahun lalu menjadi lebih serius sejak kebelakangan ini.Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu apabila tiga lembu hilang juga dipercayai dibaham harimau berkenaan.

Dalam pada itu,komen pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang ditemui berkata "Daripada saiz tapak kaki yang besar dan menakutkan itu, saya yakin harimau belang yang mengganas ini sebesar anak gajah dan bergerak secara sendirian mungkin selepas berpisah dengan ibunya. ini berpandukan kesan jejakan nya yang mendalam dan terbenam dan agak pelik perilakunye seperti yang dilaporkan penduduk tempatan. Jadi kami memanggil penyelidik haiwan dari Universiti Malaya ini."

Dan akhirnya harimau misteri dan mengganas hampir 5tahun ini akhirnya berjaya ditangkap oleh penyelidik-penyelidik ini dan didapati harimau ini merupakan spesis yang belum dikenalpasti lagi dan dikatakan hampir pupus. Spesis terbaru ini yang akhirnya diberi nama 'cikjahtomau' oleh pasukan penyelidik ini berjaya dipindahkan ke Zoo Melaka dan bakal menjadi tontonan umum.

Gambar harimau misteri yang ditangkap ketika dipamerkan di Zoo Melaka:

                                   "cikjahtomau = cik gajah topeng rimau"..wakakaka

Wednesday, November 17, 2010

Misteri Segi Tiga Bermuda


Ada tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Ada beberapa peristiwa kecelakaan di sana. Tidak banyak yang belum diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya saja misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Agustus 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban itu? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan disitu atau angin topan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada orang yang tahu.

Konon di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah jaman es berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya hisap. banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang terhisap ke dalam blue hole itu tanpa daya, dan anehnya kapal-kapal kecil yang terhisap itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini sanggup menelan kapal raksasa ke dasar lautan?

Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai jaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.

Keanehan lain di dekat pulau Puerto Rico, tampak suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan atau kembang kol. Laut di tempat itu mempunyai kedalaman sampai 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh awak pesawat Boeing 707 pada tanggal 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu hanya percobaan nuklir dari negara Amerika atau lainnya? Tapi pihak Amerika tidak membenarkannnya, sebab tak mungkin mencoba bom di jalur penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklir Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.

Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, yang di sana terdapat sebuah pipa bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi). Peristiwa ini dilihat oleh suami istri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap disana, dan ketika didekati oleh mereka, tampak sebuah pipa yang muncul dari dasar laut yang merupakan sumber keluarnya asap itu. Asap itu sendiri tak mengeluarkan bau dan berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah pipa itu tertancap dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya? Lagipula kedalaman laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk melihat lebih lanjut, juga mereka melihat (sesudahnya) sebuah helikopter yang mengalami kerusakan mesin dan berusaha mendarat darurat di laut.

Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain. Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan peristiwa yang disaksikannya itu, tapi tak ada yang mempercayainya.

Jadi dapat la disimpulkan disini ada keraguan tentang masalah dan misteri Segi Tiga Bermuda.Terlalu banyak cerita kita disogokkan dari barat sedangkan hakikat nya adalah penipuan yang di rancang,jadi sama2 la kita renungkan dan selamat beramal!!!

Tuesday, October 5, 2010

Fakta pelik dan benar



Cuba kita sama-sama fikirkan, kita ini jenis manusia yang macam mana, samada:

Manusia yang suka ambil tahu
Manusia yang malas ambil tahu
Manusia yang tahu, tapi buat-buat tak tahu
Manusia yang tak tahu dan malas ambil tahu
Manusia yang tak tahu, tapi buat-buat tahu
Agak-agaknya yang mana satu adalah kita? Sambil-sambil kita fikirkannya, apa kata kita teliti 13 fakta menarik lagi benar ini. Mungkin ianya sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang hakikat yang kita sebenarnya dalam golongan yang sedikit sahaja tahunya (baca: ilmu Allah sangatlah luas).

Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe
Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?
Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..
Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?
100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe
Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..
Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..
Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..
Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi
Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..
Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe
Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki yang busuk tau..
kumpulan Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..
Rupa-rupanya, banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa peka, rajin dan berusaha untuk tambahkan ilmu di dada.

Monday, September 6, 2010



                                  Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua blogger dan Rakan Taulan!!!