Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.
Shine on me, sunshine Rain on me, rain Fall softly, dewdrops And cool my brow again
Klik Ya..:)
Tuesday, February 23, 2010
Jurang Mariana
Jurang Mariana adalah jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8 batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.
Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.
Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.
Air Terjun Niagara
Air terjun Niagara (bahasa Inggeris: Niagara Falls, bahasa Perancis: les Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batu terakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.
Menara Eiffel,Perancis


Menara Eiffel (bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina . Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.
Piramid
ketinggian Piramid Agung Kufu 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar (13 ekar).
Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kairo oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.
Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.
Pengukuran tepat pertama piramid dilakukan oleh Sir Flinders Petrie pada tahun 1880–82 dan diterbitkan sebagai "The Pyramids and Temples of Gizeh". Hampir kesemua laporan berasaskan ukurannya. Petrie mendapati kedudukan piramid menjurus pada 4' Barat ke Utara dan piramid kedua juga memiliki unjuran yang serupa. Petrie turut mendapati orentasi berbeza pada teras dan pada kelongsong ( – 5' 16" ± 10"). Petrie mencadangkan penentuan semula Utara dilakukan selepas pembinaan teras, tetapi kesilapan berlaku, dan kelongsong dibina dengan orentasi berbeza. Perbezaan dari utara pada teras, selaras dengan kedudukan bintang b-Ursae Minoris dan z-Ursae Majoris sekitar 3,000 tahun dahulu, mengambil kira pergeraka pada paksi Bumi. Kajia oleh pakar kaji Mesir purba Kate Spence , menujukkan perubahan pada orentasi 8 piramid selaras dengan perubahan kedudukan bintang-bintang tersebut mengikut masa. Ini memberi tarikh permulaan pembinaan piramid pada 2467 BC.
Selama empat milinia ia merupakan struktur dunia tertinggi, tidak diatasi sehingga tiang setinggi 160-meter Lincoln Cathedral disiapkan sekitar 1300 AD. Ketepatan hasil-kerja piramid sehinggakan keempat sisinya memiliki kesilapan purata hanya 50 mm panjang, dan 12 seconds dalam sudut dari segi empat sama. Sisi segi empat sama tepat mengarah kearah mata kompas dengan kejituan 3 minutes of arc dan berasaskan bukannya pada utara magnet, tetapi utara sebenar.
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Perang Salib ialah beberapa siri kempen perang yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Misi asal tentera salib adalah menawan Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam selain dari matlamat sampingan seperti menawan Kota Constantinople (yang berjaya semasa Perang Salib Keempat).
Perang Salib bertitik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di timur. Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani. Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah.
Paus Urban II di Majlis Clermont sedang memberi ucapan berkobar-kobar untuk mengambil kembali Tanah Suci.
Pada 1009, khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib. [1]
Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu papal kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, memberi papal standard (yang dipanggil vexillum sancti Petri) dan pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk, bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII, kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.
Perang Salib berlaku antaranya untuk menunjukkan ketaatan kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan (di mana satria kristian menerima penghargaan dari pihak gereja) yang bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat terhadap agama. Ini diperkuatkan dengan propaganda keagamaan, dan sokongan untuk Perang Yang Adil untuk merampas semula Tanah Suci termasuk Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12.
Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke-7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci. Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan Baitulmuqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Empayar Bizantine.
Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al-Hakim bi-Amr Allah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini emudiannya memainkan peranan penting dalam menyeramak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.
Monday, February 22, 2010
Senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang nombor 2 dan seterusnya, lihatlah rangking ni...
- Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
- Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
- Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
- Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
- Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
- Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
- Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
- Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
- Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
- Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions
Evolutionism refers to theories of evolution, specifically to a widely held 19th century belief that organisms are intrinsically bound to improve themselves, and that changes are progressive and arise through inheritance of acquired characters, as in Lamarckism. The belief was extended to include cultural evolution and social evolution.The term is sometimes also used to refer to acceptance of the modern evolutionary synthesis, a scientific theory that describes how biological evolution happened. In addition, the term is used in a broader sense as a world-view covering a wide variety of topics, including chemical evolution as an alternative term for abiogenesis or for nucleosynthesis of chemical elements, galaxy formation and evolution, stellar evolution, spiritual evolution, technological evolution and universal evolution, which seeks to explain every aspect of the world in which we live.
In the modern scientific community the term is an anachronism and is considered redundant as the overwhelming majority of scientists accept evolution, and so it is not used. To say someone is a scientist implies evolutionary views. In the creation-evolution controversy, creationists often call those who accept the validity of the modern evolutionary synthesis "evolutionists" and the theory itself as "evolutionism." Some creationists and creationist organizations, such as the Institute of Creation Research, use these terms in an effort to make it appear that evolutionary biology is a form of secular religionStonehenge is a prehistoric monument located in the English county of Wiltshire, about 3.2 kilometres (2.0 mi) west of Amesbury and 13 kilometres (8.1 mi) north of Salisbury. One of the most famous sites in the world, Stonehenge is composed of earthworks surrounding a circular setting of large standing stones. It is at the centre of the most dense complex of Neolithic and Bronze Age monuments in England, including several hundred burial mounds. Archaeologists had believed that the iconic stone monument was erected around 2500 BC, as described in the chronology below. One recent theory, however, has suggested that the first stones were not erected until 2400-2200 BC, whilst another suggests that bluestones may have been erected at the site as early as 3000 BC (see phase 1 below). The surrounding circular earth bank and ditch, which constitute the earliest phase of the monument, have been dated to about 3100 BC. The site and its surroundings were added to the UNESCO's list of World Heritage Sites in 1986 in a co-listing with Avebury henge monument. It is a national legally protected Scheduled Ancient Monument. Stonehenge is owned by the Crown and managed by English Heritage, while the surrounding land is owned by the National Trust.
Archaeological evidence found by the Stonehenge Riverside Project in 2008 indicates that Stonehenge served as a burial ground from its earliest beginnings. The dating of cremated remains found on the site indicate burials from as early as 3000 BC, when the initial ditch and bank were first dug. Burials continued at Stonehenge for at least another 500 years.
Subscribe to:
Posts (Atom)








