Klik Ya..:)

Tuesday, March 23, 2010

Takutnya..Sempat ke kita nie??

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065... .

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... .

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .
Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah Hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Friday, March 19, 2010

aku kena tag!!!

salam sejahtera dan salam satu malaysia buat semua penduduk malaysia..pertama kali dalam sejarah aku telah di tag oleh orang yang aku memang kenali..ape2 pun,aku ucapkan salam takziah buat org tu kerana telah men'tag' aku..


1) siapakah diri anda di rumah?
seorang abang yang baik hati..seorang pelajar,seorang warganegara malaysia yang berbakti kepada negara..

2) siapakah diri anda di samping rakan?
ntah..aku tak tau diaorg anggap aku ape..kadang ader yang kata aku macam brad pitt..tapi aku tak percaya..tu semua propaganda nak jatohkan aku je..:)

3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai
a)fairlady sudeh..
b)nokia paling latest
c)cekodok..(adaptasi dari blog cik cekodok)
d)aku nak g mekah..buat haji
e)aku nak beli choki2

4) siapakah nama pasangan anda
pasangan aku ni tak nak cite nama die kat sape2..die memang mcm tu..tapi dia nak org kenal die dengan nama angelina jolie..tu je

5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
a)entah la..aku tak tau nak cakap la..die kuat makan..
b)die suka jalan2 g merata tempat walaupon aku tak suka jalan..
c)die pernah berlakon cite tomb raider
d)sebab die pandai sket dari aku..(padahal aku memang pandai dari die pon)
e)sebab die nak g mekah dengan aku..:)

6) bila tarikh anda couple
masa kapel dengan die tu baru gak la..masa die break dengan brad pitt


7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
ader..masa die g jalan2 tak bawa aku

8) lagu tema cinta anda
lagu??
byk giler..tapi yang aku ingat lagu dangdut apa ntah..kelakar gak la lagu tu

9)apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
tak yah la perubahan..aku suke kau gak walau kau tak ader bulu hidung pon!!!

10) tag 10 rakan yg lain
1-proud to be yaya
2-areev19
3-cha on
4-panadol
5-aksara cinta illahi
6-malaysia nostalgia
7-siri bercakap dengan jin
8-hanadanie
9-bb hussein
10-nuriz..

sekian terima kasih!!!

Wednesday, March 17, 2010

Cara mudah untuk check seseorang tu dah ada Awek/Balak tak?

Katakan la Hang pa ada kenal seseorang, yang Hang Pa minat sangat-sangat...
Hang Pa suka gila kat dia nih.
Tapi suka-suka pun, kalau ‘si dia’ tu dah ada awek/balak buat apa kan?
Buang karan jer! Dak gitu?

Jadi Hang Pa Taw dak camna cara mudah nak pastikan ‘si dia’ tu dah ada balak/awek ke tak?
Takkan la nak terus tanya direct ja macam ni ;
“Eh awak dah ada balak/awek tak?” "agak2 bila kita bole couple??" 
hah..! Tak segan ker? Ada BRAN ker nak tanya macam tu?
Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu...
Tapi CEK rasa Lam bebanyak kita nie, memang segan/malu nak tanya macam tu kan?

Maka di sini, Cek ingin perturunkan kepada Hang Pa teknik mudah untuk check
sama ada seseorang itu dah ada yang berpunya ke tak...

Ooritee, Panjang Citenya… jeng jeng jeng :

1-Pi La Jumpa dan berbual-bual dengan ‘si dia’ tu dulu...

2-Mula-mula tanya khabaq dan sembang jer la apa-apa pun...

3-Pastu, dalam masa Hang pa menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni ;
“Eh…awak kalau hari cuti, selalunya buat apa ek?”

4-Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti ;
“Saya selalu pi shopping” / “Jalan-jalan” dan sebagainya.

5-Haaa masa tulah hang pa kena bagi soalan cepu emas pada dia ;
“ ooo yer ker, pi jalan-jalan/pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker? P/S:*Sila tanya dengan spontan dan bersahaja*

6-Atau kalau dia bagi jawapan macam ni ; “Takde buat apa-apa pun, just dok kat umah jer” / “Tengok TV kat umah sepanjang hari”. Haa kalu jawapan yang macam ni, hang pa cuba tanya macam ni pulak “Laa takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan ngan ‘ehem ehem’ ker?” P/S:*Sila tanya secara spontan dan bersahaja.*

7-Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu hang pa senyum je la menantikan jawapan/respon yang diberikan....

8-Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang dia berikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sinilah kunci untuk hang pa mengetahui sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.?

*Melalui pengalaman cek dan teman seperjuangan la kan, dengan cara dok tanya soalan yang macam tu, kita sudah boleh mengagak bahawa dia tu dah berpunya ke tak. ha la, dengan hanya berpandukan jawapan/respon yang diberikan saja, sudah cukup untuk kita mengagak ‘status’ seseorang tu. Hasil kajian tak rasmi cek mengatakan 90% agakan yang dibuat berdasarkan respon soalan sebegitu adalah tepat.

*Cuba hang pa buat ujikaji teknik ini pada 2~3 orang kenalan hang pa dulu. Ianya memang memberikan ‘hints’ pada hang pa tentang seseorang tu dah berpunya ke belum.?

*Biasanya kalu ‘si dia’ tu dah berpunya, dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya “Pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker?”. Tak pun dia akan jawab direct jer macam ni “ haah la, keluar dengan pakwe la apa lagi”.

*Kalau ‘si dia’ tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa dok dengaq ialah ; “Emm, saya mana ada pakwe lagi” atau “Mana ade ‘ehem ehem’, saya pi shopping ngan kawan jer la.” Atau “ Dengan ‘ehem ehem’?, saya mana la ada ‘ehem ehem’. Siapa la yang nak kat orang macam saya ni!”

*haa.. kalu Respon yang mantap lak cenggini : “Keluar dengan ‘ehem-ehem’?. Saya takda ‘ehem-ehem’ lagi. You la jadi ‘ehem ehem’ I …nak??!!!”. Masa dengaq jawapan tu, jangan lak dok wat terkezut beruk. Baru taw Ganas tak ganas ‘si dia’ tu. hahaha. Masa tu lak compom nye dok tersengih menggelabah kerana mendapat respon diluar jangkaan tu…hehe.

Haaa apalagi… hang pa ada ‘secret admire’ dak?
Cuba,Try,test la ‘teknik power’ ni untuk check sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum?

Selamat mencuba!

Friday, March 12, 2010

Rahsia Bibir Wanita

Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-
merahan secara semulajadi menandakan dia
mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai
menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka
dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan
wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan
ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu
memberi keriangan kepada pasangannya dengan
sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan
kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan
sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja
dan mahukan kasih sayang yang penuh
kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya
mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu
memanjakannya. Biasanya juga mereka
mempunyai raut wajah yang menarik, selari
dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa
mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini,
cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini
tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-
katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar
dan cuai terhadap tanggungjawab dan
kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan
perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin
menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang
yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir
tipis pada umumnya banyak mulut dan suka
membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh
disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan
sesuatu dengan caranya sendiri tanpa
mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini
pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura
dalam memainkan peranan demi kepentingannya.
Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup
besar dan memerlukan belaian yang penuh
kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap
optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan
pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu
mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat
manja. Suka didampingi dan dibelai oleh
pasangan. Wanita ini juga suka bergantung
kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian
yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu
dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah
mengambil kesempatan untuk menggodanya.
Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai
membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap
menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang
bertanggungjawab. Namun suka merungut dan
berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.


Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu
yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan.
Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi
jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks.
Mampu memberi keseronokan dan kesenangan
kepada pasangannya, namun boleh juga
menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran
sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan
dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang
berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia
boleh menjaganya dengan baik dan mengunci
rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci
seseorang ,kata-kata yang dihamburkan
menyinggung perasaan orang dan terburailah
segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu
mementingkan kecantikan dan bersolek lama.
Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan
kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai
menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika
anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai
sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika
tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi
kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau
tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan
mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai
wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik
dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam
setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan
bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan
berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau
memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak
segan atau malu untuk meminta apa yang
dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai
merangsang pasangan dengan gaya pesonanya
yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan
keistimewaan diri

mana nak masuk kereta ni??

Masjid Emas Brunei

Macamana nak guna ni cu??

Wednesday, March 10, 2010

Rahsia Wanita

Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.