Klik Ya..:)

Showing posts with label CeriTa CeRiTut. Show all posts
Showing posts with label CeriTa CeRiTut. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Beza cinta,sayang,suka dan minat....

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Friday, June 4, 2010

Nak dapat line hp ngn senang

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan ‘pantang’ bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk ‘boost up’ coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.
Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod ‘ID. 10T’ tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod ‘ID. 10T’ tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod ‘ID.10T’ tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebutPastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.


Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod ‘ID.10T’ tidak muncul di skrin hp anda.Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod ‘ID.10T’ dah bertukar menjadi ‘IDIOT’ ! Sape tahu yer tak??


Jgn marah kalau dah terkena……
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul…tapi cobaan….

Wednesday, May 26, 2010

Manusia Tertua Pernah Direkodkan!!!



Tahukah anda siapa manusia yang paling lama hidup di dunia yang direkodkan?Orang tersebut ialah Li Ching Yun .Menurut berita yang disiarkan oleh Majalah Time, Li Ching-yun meninggal pada usia 256 tahun.Li Ching-yun selama masa hidup memiliki 23 orang isteri, dengan jumlah anak 60 orang. Ching-yun meninggal setelah memiliki keturunan pada generasi ke-12

p/s...jadi,kalau nak panjang umur,kena kahwin byk la ye..:p

Sunday, May 23, 2010

6 Makhluk aneh di jepun

 
Seperti yang kita ketahui tentang vampire, maka hidup monyet vampire ini tergantung dari menghisap darah makhluk lain.Uniknya makhluk ini dalam beraktiviti banyak menggunakan tangannya, seperti halnya manusia.


Raksasa yang ditemui dari laut dalam.Kakinya seperti chupacabra,kerana itu diberi nama siput chupacabras.
Siput pemakan daging terbesar di dunia ini, ditemui awal tahun 2007.
Blue Mermaid ,binatang mengerikan ini ditemui di Pulau Sado. Makhluk ini juga berbahaya pada sayapnya yang boleh mengembang. Bila usianya semakin bertambah,binatang ini akan terlihat mirip katak.
Sepanjang 6 kaki mirip putEri duyung ditemui di Shikoku, Jepun. Disebut Ningyo Shinko. Banyak tempat keramat agama kuil Buddha mengabadikan duyung ini sebagai makhluk suci.Orang datang untuk bersembahyang di tempat2 ini setiap hari.
Prehistoric Horseshoe Crabs Dua spesies baru ketam,di kira hidup pada masa pra sejarah sekitar 400 juta tahun lalu. Baru baru ini ketam purba ini ditangkap oleh pasukan penyelidik dasar laut dari Universiti Higashi Osaka,Jepun. Masih ada empat spesies ketam purba yang dikenalpati hidup 250 juta tahun lalu.
Giant Sea Dragon disebut naga laut raksasa ditemui di dasar laut Pulau Awaji.Makhluk ini dihitung telah pupus pada awal abad ke-20.

Saturday, May 8, 2010

Maksud huruf pertama nama...

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Friday, May 7, 2010

Saya Sayang Awak Dalam 100 Bahasa


English - I love you
Afrikaans - Ek Fhet jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibek
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Обичам те
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creole - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - ich liebe dich
Greek - S'agapau
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Ai#eru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka

Papiamento - Mi ta stimabo

Persian - Doo-set daaram

Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Thursday, April 29, 2010

8 fakta Coca Cola



" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

Thursday, February 25, 2010

Fakta Wanita

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.




Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.

Fakta Kentut

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin  berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.
Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih
tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik,satu rumah akan dengar. Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut? Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila  sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu,di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adalah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:

a) Pengentut menghidap cirit-birit
(kena cirit, awas! Tips-kalu kena cirit, pastikan anda kentut masa tengah cangkung kat atas mangkuk jamban, jangan lepaskan peluang tengok secara live ciritan anda keluar bila kentut and pecahan sasaran ciritan itu...pastikan tidakkena kaki atau seluar anda!)
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..

sekian...salam kentut.
Selamat mengentut! Good Luck!

: )

7 Larangan Allah s.w.t

Antara banyak-banyak larangan Allah S.W.T kepada umat islam, hanya tujuh yang sempat saya cari..
Semuanya sudah jelas dlm Al-Quran dan Hadis.Iaitu
    1) Bahaya Pandang Memandang.
    2) Bertemu Muka Sendirian [Muslimah].
    3) Berjabat Tangan [Bukan Muhrim].
    4) Pakaian Di Luar Rumah.
    5) Adab Bermusafir.
    6) Hak Pendidikan.
    7) Larangan Menunjukkan Perhiasan.


i) Bahaya Pandang Memandang

"Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman :
Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka......"
(Surah An Nur : Ayat 31)

Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda
kepada Saidina Ali r.a. : "Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan
satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama
sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua."
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)


ii) Bertemu Muka Sendirian

Rasulullah SAW telah bersabda :
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia
bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya
mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan."
(Riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a.)

"Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal
baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram."
(Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie'ah r.a.).


iii) Berjabat Tangan

Aisyah r.a. berkata:
"Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya
dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai'at @ memujuk mereka itu dengan percakapan."
(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Turmudzy).


iv) Pakaian Di Luar Rumah

Firman Allah yang ertinya :
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang
telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka
atas leher dan dada mereka."
(Surah An Nur: Ayat 31)


v) Adab Bermusafir

Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika
hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama
seorang mahramnya."
(Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)


vi) Hak Pendidikan

Kata Abu Said r.a. : "Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.
a.w.lalu berkata: "Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan
hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau
suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau, agar engkau memberikan pengajaran
atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).".

Maka Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini."
(Riwayat Imam Bukhari)


vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan

Firman Allah S.W.T. :
"Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang
tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka."
(Surah An Nur: Ayat 31)

Ke mana perginya adab-adab ini?

Cheers to the 70s & 80s babies!!!

aku baby 70-an & 80-an




Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu.....
Happy je memanjang....main je ngan kwn2 24hrs,,,,hehehe

untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa
dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka
stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2
color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife
nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 70s & 80s babies!!!