Klik Ya..:)

Thursday, February 25, 2010

Alahai Menantuku

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la saleem, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup  sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

setelah 3 hari berkahwin.. saleem masih duk kat umah mentuanya.  setelah azan maghrib berkumandang...pak kasim mengajak saleem utk solat maghrib berjamaah. saleem gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu saleem masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni". "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya  berbisik  perlahan..

saleem pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir..  saleem ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..."saleem pun turut membaca  bismillah dengan lantang..."bismillahirrahmanirrahim..."aisyh! pelik menantu aku ni.  mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus  hati pak  kasim..

pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. saleem  pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru  nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat saleem. saleem turut berpaling ke belakang kerana mengikut  gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim

berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari saleem. saleem turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak  kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. saleem terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi
sawah.

tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.  saleem pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.  pak  kasim pun terus bertanya kepada saleem..

"saleem. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" 
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

No comments:

Post a Comment