Klik Ya..:)

Tuesday, March 23, 2010

Takutnya..Sempat ke kita nie??

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065... .

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... .

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .
Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah Hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Friday, March 19, 2010

aku kena tag!!!

salam sejahtera dan salam satu malaysia buat semua penduduk malaysia..pertama kali dalam sejarah aku telah di tag oleh orang yang aku memang kenali..ape2 pun,aku ucapkan salam takziah buat org tu kerana telah men'tag' aku..


1) siapakah diri anda di rumah?
seorang abang yang baik hati..seorang pelajar,seorang warganegara malaysia yang berbakti kepada negara..

2) siapakah diri anda di samping rakan?
ntah..aku tak tau diaorg anggap aku ape..kadang ader yang kata aku macam brad pitt..tapi aku tak percaya..tu semua propaganda nak jatohkan aku je..:)

3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai
a)fairlady sudeh..
b)nokia paling latest
c)cekodok..(adaptasi dari blog cik cekodok)
d)aku nak g mekah..buat haji
e)aku nak beli choki2

4) siapakah nama pasangan anda
pasangan aku ni tak nak cite nama die kat sape2..die memang mcm tu..tapi dia nak org kenal die dengan nama angelina jolie..tu je

5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
a)entah la..aku tak tau nak cakap la..die kuat makan..
b)die suka jalan2 g merata tempat walaupon aku tak suka jalan..
c)die pernah berlakon cite tomb raider
d)sebab die pandai sket dari aku..(padahal aku memang pandai dari die pon)
e)sebab die nak g mekah dengan aku..:)

6) bila tarikh anda couple
masa kapel dengan die tu baru gak la..masa die break dengan brad pitt


7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
ader..masa die g jalan2 tak bawa aku

8) lagu tema cinta anda
lagu??
byk giler..tapi yang aku ingat lagu dangdut apa ntah..kelakar gak la lagu tu

9)apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
tak yah la perubahan..aku suke kau gak walau kau tak ader bulu hidung pon!!!

10) tag 10 rakan yg lain
1-proud to be yaya
2-areev19
3-cha on
4-panadol
5-aksara cinta illahi
6-malaysia nostalgia
7-siri bercakap dengan jin
8-hanadanie
9-bb hussein
10-nuriz..

sekian terima kasih!!!

Wednesday, March 17, 2010

Cara mudah untuk check seseorang tu dah ada Awek/Balak tak?

Katakan la Hang pa ada kenal seseorang, yang Hang Pa minat sangat-sangat...
Hang Pa suka gila kat dia nih.
Tapi suka-suka pun, kalau ‘si dia’ tu dah ada awek/balak buat apa kan?
Buang karan jer! Dak gitu?

Jadi Hang Pa Taw dak camna cara mudah nak pastikan ‘si dia’ tu dah ada balak/awek ke tak?
Takkan la nak terus tanya direct ja macam ni ;
“Eh awak dah ada balak/awek tak?” "agak2 bila kita bole couple??" 
hah..! Tak segan ker? Ada BRAN ker nak tanya macam tu?
Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu...
Tapi CEK rasa Lam bebanyak kita nie, memang segan/malu nak tanya macam tu kan?

Maka di sini, Cek ingin perturunkan kepada Hang Pa teknik mudah untuk check
sama ada seseorang itu dah ada yang berpunya ke tak...

Ooritee, Panjang Citenya… jeng jeng jeng :

1-Pi La Jumpa dan berbual-bual dengan ‘si dia’ tu dulu...

2-Mula-mula tanya khabaq dan sembang jer la apa-apa pun...

3-Pastu, dalam masa Hang pa menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni ;
“Eh…awak kalau hari cuti, selalunya buat apa ek?”

4-Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti ;
“Saya selalu pi shopping” / “Jalan-jalan” dan sebagainya.

5-Haaa masa tulah hang pa kena bagi soalan cepu emas pada dia ;
“ ooo yer ker, pi jalan-jalan/pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker? P/S:*Sila tanya dengan spontan dan bersahaja*

6-Atau kalau dia bagi jawapan macam ni ; “Takde buat apa-apa pun, just dok kat umah jer” / “Tengok TV kat umah sepanjang hari”. Haa kalu jawapan yang macam ni, hang pa cuba tanya macam ni pulak “Laa takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan ngan ‘ehem ehem’ ker?” P/S:*Sila tanya secara spontan dan bersahaja.*

7-Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu hang pa senyum je la menantikan jawapan/respon yang diberikan....

8-Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang dia berikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sinilah kunci untuk hang pa mengetahui sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.?

*Melalui pengalaman cek dan teman seperjuangan la kan, dengan cara dok tanya soalan yang macam tu, kita sudah boleh mengagak bahawa dia tu dah berpunya ke tak. ha la, dengan hanya berpandukan jawapan/respon yang diberikan saja, sudah cukup untuk kita mengagak ‘status’ seseorang tu. Hasil kajian tak rasmi cek mengatakan 90% agakan yang dibuat berdasarkan respon soalan sebegitu adalah tepat.

*Cuba hang pa buat ujikaji teknik ini pada 2~3 orang kenalan hang pa dulu. Ianya memang memberikan ‘hints’ pada hang pa tentang seseorang tu dah berpunya ke belum.?

*Biasanya kalu ‘si dia’ tu dah berpunya, dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya “Pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker?”. Tak pun dia akan jawab direct jer macam ni “ haah la, keluar dengan pakwe la apa lagi”.

*Kalau ‘si dia’ tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa dok dengaq ialah ; “Emm, saya mana ada pakwe lagi” atau “Mana ade ‘ehem ehem’, saya pi shopping ngan kawan jer la.” Atau “ Dengan ‘ehem ehem’?, saya mana la ada ‘ehem ehem’. Siapa la yang nak kat orang macam saya ni!”

*haa.. kalu Respon yang mantap lak cenggini : “Keluar dengan ‘ehem-ehem’?. Saya takda ‘ehem-ehem’ lagi. You la jadi ‘ehem ehem’ I …nak??!!!”. Masa dengaq jawapan tu, jangan lak dok wat terkezut beruk. Baru taw Ganas tak ganas ‘si dia’ tu. hahaha. Masa tu lak compom nye dok tersengih menggelabah kerana mendapat respon diluar jangkaan tu…hehe.

Haaa apalagi… hang pa ada ‘secret admire’ dak?
Cuba,Try,test la ‘teknik power’ ni untuk check sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum?

Selamat mencuba!

Friday, March 12, 2010

Rahsia Bibir Wanita

Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-
merahan secara semulajadi menandakan dia
mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai
menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka
dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan
wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan
ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu
memberi keriangan kepada pasangannya dengan
sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan
kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan
sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja
dan mahukan kasih sayang yang penuh
kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya
mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu
memanjakannya. Biasanya juga mereka
mempunyai raut wajah yang menarik, selari
dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa
mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini,
cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini
tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-
katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar
dan cuai terhadap tanggungjawab dan
kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan
perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin
menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang
yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir
tipis pada umumnya banyak mulut dan suka
membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh
disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan
sesuatu dengan caranya sendiri tanpa
mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini
pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura
dalam memainkan peranan demi kepentingannya.
Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup
besar dan memerlukan belaian yang penuh
kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap
optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan
pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu
mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat
manja. Suka didampingi dan dibelai oleh
pasangan. Wanita ini juga suka bergantung
kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian
yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu
dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah
mengambil kesempatan untuk menggodanya.
Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai
membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap
menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang
bertanggungjawab. Namun suka merungut dan
berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.


Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu
yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan.
Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi
jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks.
Mampu memberi keseronokan dan kesenangan
kepada pasangannya, namun boleh juga
menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran
sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan
dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang
berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia
boleh menjaganya dengan baik dan mengunci
rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci
seseorang ,kata-kata yang dihamburkan
menyinggung perasaan orang dan terburailah
segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu
mementingkan kecantikan dan bersolek lama.
Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan
kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai
menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika
anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai
sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika
tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi
kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau
tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan
mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai
wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik
dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam
setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan
bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan
berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau
memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak
segan atau malu untuk meminta apa yang
dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai
merangsang pasangan dengan gaya pesonanya
yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan
keistimewaan diri

mana nak masuk kereta ni??

Masjid Emas Brunei

Macamana nak guna ni cu??

Wednesday, March 10, 2010

Rahsia Wanita

Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.

Sunday, March 7, 2010

Lewat Satu Bulan

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.  Pada suatu malam si isteri memeluh leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.  ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat,  saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA???
Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni
baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokkan harinya, selepas si mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."
si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

Wednesday, March 3, 2010

Surat Nak Minta Kerja

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System
2 mei 2004


Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja di sini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-200
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja
   • Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak
   • Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang,  Kuala Lumpur (kedai gemok)
   p/s (alignment kat situ tipu)
  • Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan  sekiranya diterima
bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya  tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan  tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan  sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2  nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri say  akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat  menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai. Sekian terima kasih.

Sekian, terima kasih


Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Singa Yang Baik

SEORANG PEMBURU BERTEMBUNG DGN SEEKOR SINGA.TERPERANJAT,DIA TAK
SEMPAT MENGANGKAT SENAPANGNYA.TIADA
PILIHAN,PEMBURU ITU BERTADAH TANGAN&BERDOA.KETIKA PEMBURU ITU MENJELING

KEARAH SINGA,DIA TERNAMPAK BAHAWA SINGA ITU JUGA SEDANG BERDOA.
PEMBURU : AH..........SINGA BAIK RUPANYA.SELAMATLAH AKU.


SINGA : YA.......SINGA YANG BAIK SELALU MEMBACA DOA SEBELUM MAKAN

Tuesday, March 2, 2010

Suamiku Yang Tercinta

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya...maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana..  maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..



"Apa hal ni Yang.... kenapa bising2 ni".....jawap si isteri dgn nada marah..."ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! "



Disambut pulak oleh si suami.... "alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi..."



Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau.... 10 helai !!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)"  Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi...dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya....  "betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu?

Ingat....kamu mesti bercakap benar!!!"

Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah....  " tapi...tapi...tapi... bapakkan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!!

Jenaka

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis       : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga     : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis       : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga     : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Keputusan Seorang Ayah

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan
mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu
menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian
sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh
baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus
terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya
tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan
saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan
wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai
RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuk!
nya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang
tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya
lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu
lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."

Human And Crocs

John Travolta Home Sweet Home..