Klik Ya..:)

Saturday, September 24, 2011

Cara Earn dan Tambah Duit Dengan Nuffnang melalui trafik!!




1) Post tentang isu-isu yang berkaitan dengan Nuffnang
    *Mendedikasikan posts Nuffnangers acara yang Nuffnang anjurkan

2)Hantar topik yang menarik
    *Bagaimana menjana pendapatan online dengan pantas

3)Post isu-isu kontroversi
    *Politik Malaysia

4)Gunakan tajuk yang mengelirukan dan unik
     *menulis tentang pengajaran anda pada blog anda yang mengelirukan

5)Menghadiri acara Nuffnang
     *bertemu Blogger Nuffnang yang lain

6)Jadi tokoh yang terkenal di dunia blogger
     *blogger yang Nuffnang yang aktif,mudah dapat trafik dari blogger lain

7)Chating kerap pada kotak Cbox atau Shoutmix
     *menghantar post blog lain

8)Penggunaan Twitter
     *postkan link post dalam ruang Twitter jika ada

9)Gunakan Facebook, Friendster atau laman-laman web rangkaian sosial lain
     *Post kan link anda ke laman sosial

10)Promosi di dalam forum
     *Siapa tahu, mungkin blogger Nuffnang lain lain menggunakan forum tersebut

11)Beritahu rakan-rakan lain blogger Nang pos anda di kotak sembang blog mereka
     *singgah blog mereka, berkata hi, meninggalkan link post

13)Post kan pada waktu blogger aktif
      *blogger aktif ialah malam hari, atau hari minggu


Thursday, September 22, 2011

Satelit Nasa Jatuh Ke Malaysia?????




Serpihan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) yang tidak lagi berfungsi diramal jatuh di luar Malaysia.

Menurut Agensi Angkasa Negara dalam satu kenyatan hari ini, satelit UARS yang dinyah aktifkan pada 2005, diramal jatuh dan memasuki atmosfera bumi Sabtu ini.
Mengikut laporan NASA, UARS akan terbakar dan pecah kepada serpihan kecil apabila memasuki atmosfera bumi dan hanya sebahagian kecil komponen satelit itu dijangka jatuh ke permukaan bumi.
Justeru, menurut NASA, risiko jatuhan serpihan kepada orang awam adalah amat kecil.

Bagaimanapun, NASA melaporkan bahawa waktu dan jejak jatuhan serpihan satelit hanya akan diketahui dengan tepat beberapa jam sebelum ia berlaku.

Namun daripada penjejakan laluan orbit satelit yang dilakukan WeatherSpace.com, laluan serpihan satelit itu dijangka jatuh di kawasan sekitar Afrika, Asia Timur dan berakhir di Lautan Pasifik, di luar Malaysia.

UARS seberat enam tan itu dilancarkan pada 1991 untuk mengukur lapisan ozon, angin serta suhu dan ia adalah satelit terbesar NASA yang dijangka jatuh selepas makmal angkasa Skylab terhempas di barat Australia pada 1979. *bahayanikenaselamatkandiri*

Wednesday, September 21, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia VS jepun


Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun.

Skuad Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan bertemu Syria pada 23 November ini.Tapi apa2 pun,pasukan Malaysia dah berjuang di bumi Jepun sebaik mungkin..mungkin rezeki je tak ada lagi..Khairul Fahmi perform malam ni..cuma kita kurang serangan je..Suruh je Safee Sali menyamar jadi Olimpik Malaysia,kompom kita menang..Apa2 pun,gua kat belakang lu bro...*tinginnakgjepun*

Tuesday, September 20, 2011

Kelayakan Olimpik 2012

Malaysia akan bertemu Jepun dan kita berharap agar pasukan Malaysia dapat menumbangkan gergasi asia itu dengan mudah.Kalau dikutkan rekod,pasukan Jepun bukannya terer sangat pun,cuma ramai je pemain diaorang yang bermain untuk kelab di luar negara.sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan mereka.Apa-apa pun,kita sebagai rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang pasukan kendalian Ong Kim Swee untuk menumbangkan pasukan Jepun,Kawan2 semua boleh saksikan esok jam 6.45 pm di Astro Arena dan juga TV2..Malaysia Boleh!!!!!*lamatakupdateblog*