Klik Ya..:)

Tuesday, February 23, 2010

Facebook

 
Facebook merupakan sebuah tapak web rangkaian sosial yang membenarkan orang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Facebook diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School. Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain (Kolej Boston, Universiti Boston, Universiti Harvard, Universiti Northeastern, Universiti Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua sekolah Liga Ivy dalam masa dua bulan. Banyak universiti individu ditambah dengan pantas pada tahun yang seterusnya. Akhirnya, orang yang mempunyai alamat e-mel universiti (misalnya .edu) daripada institusi di seluruh dunia layak menyertai Facebook. Sejak 11 September 2006, rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel jika mereka berada dalam lingkungan umur yang tertentu. Pengguna bolah memilih untuk menyertai satu atau lebih rangkaian, seperti sekolah menengah, tempat bekerja, atau kawasan geografi.

No comments:

Post a Comment