Klik Ya..:)

Tuesday, February 23, 2010

Piramid

 
ketinggian Piramid Agung Kufu 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar (13 ekar).
Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kairo oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.
Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.
Pengukuran tepat pertama piramid dilakukan oleh Sir Flinders Petrie pada tahun 1880–82 dan diterbitkan sebagai "The Pyramids and Temples of Gizeh". Hampir kesemua laporan berasaskan ukurannya. Petrie mendapati kedudukan piramid menjurus pada 4' Barat ke Utara dan piramid kedua juga memiliki unjuran yang serupa. Petrie turut mendapati orentasi berbeza pada teras dan pada kelongsong ( – 5' 16" ± 10"). Petrie mencadangkan penentuan semula Utara dilakukan selepas pembinaan teras, tetapi kesilapan berlaku, dan kelongsong dibina dengan orentasi berbeza. Perbezaan dari utara pada teras, selaras dengan kedudukan bintang b-Ursae Minoris dan z-Ursae Majoris sekitar 3,000 tahun dahulu, mengambil kira pergeraka pada paksi Bumi. Kajia oleh pakar kaji Mesir purba Kate Spence , menujukkan perubahan pada orentasi 8 piramid selaras dengan perubahan kedudukan bintang-bintang tersebut mengikut masa. Ini memberi tarikh permulaan pembinaan piramid pada 2467 BC.
Selama empat milinia ia merupakan struktur dunia tertinggi, tidak diatasi sehingga tiang setinggi 160-meter Lincoln Cathedral disiapkan sekitar 1300 AD. Ketepatan hasil-kerja piramid sehinggakan keempat sisinya memiliki kesilapan purata hanya 50 mm panjang, dan 12 seconds dalam sudut dari segi empat sama. Sisi segi empat sama tepat mengarah kearah mata kompas dengan kejituan 3 minutes of arc dan berasaskan bukannya pada utara magnet, tetapi utara sebenar.

No comments:

Post a Comment