Klik Ya..:)

Tuesday, February 23, 2010

Tasik Chini

 
Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia").Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba Khmer yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.

No comments:

Post a Comment