Klik Ya..:)

Saturday, May 8, 2010

Maksud huruf pertama nama...

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

43 comments:

  1. M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

    nama budak laki byk bermula dengan Mohd,Muhammad

    ReplyDelete
  2. oh, sy H
    memang ada yang sama je
    teheheee --,

    ReplyDelete
  3. Baca boleh tp nk percaya kene fikir dulu :)

    ReplyDelete
  4. Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

    hai saya cik zatil
    c ke z ea??

    hehe..

    ReplyDelete
  5. R.. ada betulnya.. tpi, ALHAMDULILLAH sampai skank saya masih mampu mengawal bicara ketika marah.. :)

    ReplyDelete
  6. name aku hasifi...

    H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

    alamak..! aku suke berkhayal ke.. hehe

    ReplyDelete
  7. uisyh..xtau la kajian saper tp mmg cm betul jer..huruf L tu..

    ReplyDelete
  8. ishk betul la pulak utk huruf S tu heheh

    ReplyDelete
  9. wow.ada gak eh.tapi malas nak percaya sangat.haha.

    ReplyDelete
  10. ngahaha
    satu pn xsme ntk huruf F
    hihi

    ReplyDelete
  11. yang I tu salah tafsir la.. hihi...

    ReplyDelete
  12. totally agree la, abg ipar..
    S tu mmg jiwa adik la..

    hehehehe..

    ReplyDelete
  13. N name sye ...ad jugak mcm same peel tuh..keke

    ReplyDelete
  14. mcm kene je ciri2 tue dengan belalang...
    hee...

    ReplyDelete
  15. macamana ni...aku rasa aku di huruf lain la??? :-)

    ReplyDelete
  16. hahaha S!! mmg xsuka org mungkir janji..sangat pantang! yang lain,salah!

    ReplyDelete
  17. S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

    macam betol jek....ermm~~~

    ReplyDelete
  18. M ..ade jgk skit2 tp xleh pcaye pun..hihihi..:)

    ReplyDelete
  19. saya suka..nama permulaan panggilan saya A...
    sebijik macam sy..heheh..nk pinjam entry nih..nk post..yang A je la..hehehe...

    ReplyDelete
  20. saya huruf E.. memang betul lah tu :D

    ReplyDelete
  21. betul ke nih..
    kalau laki ramai nama Mohd..seakan jer la ye..hehe..

    ReplyDelete
  22. aiyakk..
    sniper tembak tepat kat muke aku..

    R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

    nice info ar bro..

    ReplyDelete
  23. N! Tapi i got very high self-confidence >,<

    ReplyDelete
  24. owh kene...saya Z...so...betul laa tuh....hehee

    ReplyDelete
  25. boleh percaya ke ngan semua ni.....

    ReplyDelete
  26. wah.. hehe.. bleh pcaye ke ni?? .. ;p

    ReplyDelete
  27. cik qiqi N..
    hahahha...cm real je....tang bab cpt sdey2 tu...

    ReplyDelete
  28. hehehe

    N dan I..
    tapi ssh nk sedih2 plak..

    ReplyDelete
  29. salam..
    memang berilmiah
    terima kasih kongsi

    ReplyDelete
  30. E...for etam grecek...mantaffff....

    ReplyDelete
  31. btul ker ni? aku H gak... hehee

    ReplyDelete
  32. keren la...q D ni...http://deniacil.blogspot.com/

    ReplyDelete
  33. S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

    ini cikhel :P

    ReplyDelete
  34. ehe..ak M..ade skit2 yg btolnya..tp x leh percaya nti khurafat plak..skdr suka2 it's ok..

    ReplyDelete