Klik Ya..:)

Sunday, November 28, 2010

Rangka lelaki dipercayai Gladiator!!


Sepasukan pakar arkeologi menemui kawasan perkuburan mengandungi hampir 80 rangka lelaki dipercayai Gladiator dari empayar Rom yang disemadikan di utara England ribuan tahun lalu.

Serpihan tulang berusia 2,000 tahun itu menunjukkan lelaki tersebut dibawa dari empayar Rom untuk berlawan di utara England.


Seorang pegawai penyelidik Yayasan Arkeologi York, Kurt Hunter-Mann berkata, puluhan rangka lelaki itu mempunyai tanda-tanda luka akibat mengalami banyak kecederaan termasuk ditetak dengan kapak di kepala.

Saintis pada mulanya menyangka tanah perkuburan purba di utara England itu menempatkan mangsa pembunuhan beramai-ramai sebelum mendapati tengkorak sebahagian besar rangka berkenaan dipenggal selain mempunyai kesan gigitan harimau.

Rangka bertubuh sasa itu menyerupai gambaran pahlawan Rom seperti dilakonkan aktor terkenal Australia, Russel Crowe menerusi filem epik sejarah Gladiator.

Analisis tulang menunjukkan galdiator itu diimport oleh empayar Rom dari pelbagai tempat termasuk di Afrika dan kawasan sekitar Mediterranean..

12 comments:

  1. i speechless..lgpun dina suke kisah2 epik nie terutama mcm gladiator..thanks for that info..

    ReplyDelete
  2. ongputih nie memang rajin..itu yg penting huhu

    ReplyDelete
  3. kalau tak kerana org2 yg rajin ni..kita tak kan dapat imformasi yg mcm ni..

    ReplyDelete
  4. suka info2 sebegini.. kiranya perkuburan pahlawanlah tu yer..

    ReplyDelete
  5. menakutkan la ditetak di kepala tu.!!

    ReplyDelete
  6. TQ for the info.. suker dengar + baca citer epic nih.. :)

    ReplyDelete
  7. ade baca gak, gladiator tu, kalo stakat kene tetak, dorang anggap cam biasa..


    jom singgah sini
    warung kopi klang

    ReplyDelete
  8. waaa wujudd sebenanyee orang sasaa ni

    ReplyDelete
  9. menarik...tertarik...mmg dibom. like this info

    ReplyDelete